Bismillahirahmanirrahim

Selamat Datang...

[ My Quotation ]

‎; Do not think of the few things you did not get after praying.
Think of the countless beautiful things Allah gave without asking .

Thursday, 6 February 2014

Jual Anak???



Hantaran Zaman Akan Datang Nilai *Hantaran Kahwin* Mengikut Harga Purata Terkini dan Status Pelajaran diseluruh Semenanjung Malaysia: UPSR, PMR/SRP : RM1,000-RM3,000 SPM : RM3,000-RM8,000 STPM/DIPLOMA : RM8,000-RM12,000 DEGREE : RM12,000-RM15,000 2ND DEGREE/MASTER : RM15,000-RM20,000 PHD : RM20,000-RM30,000 *Mak Cik : "Anak makcik belajar tinggi kat oversea dulu. Makcik taknak letak harga. Tapi biarlah berpatutan. Selalunye yang belajar tinggi dalam lingkungan 20ribu. Tapi inilah satu-satunya anak perempuan makcik. Harap faham-fahamlah ye..". Si Lelaki : "Saya paham maksud makcik. Tapi saya harap makcik pun pahamlah ye. Kalau terlampau tinggi, terpaksa ditangguhkan nanti. Biarlah dicepatkan, biar jauh dari maksiat".. Mak Cik : "Kalau kamu tak mampu, anak makcik ni bukan tak laku. Ada berderet lagi yang tengah tunggu. Kalau harga rendah, nanti apa pulak orang cakap". Si Lelaki : "Kalau makcik nak jual anak makcik macam jual kereta, kita buat macam ni. Sekarang jugak saya bayar*DOWNPAYMENT* 2ribu. Saya bawak balik anak makcik, malam ni saya *TEST DRIVE*dulu semua.. Kalau barang dalam semua bagus, jangan cakap 10ribu.. 12ribu pun saya berani letak. tapi kalau dah *LEMAU,* *"ENJIN"*pon tak bagus... TU!!.. Anak makcik sekali dengan deposit tu makcik boleh simpan! Ha. Korang nak ke di cop sebagai JUAL KERETA? Aku taknak. Haha.So, wahai kaum hawa sekalian, kalau nak letak harga hantaran tu, biarlah ikut kemampuan lelaki. Jangan lah over sangat sampai si lelaki sanggup pinjam duet kat ahlong or bank semata mata nak kawin dengan angpa. Kesian lah kat depa tuh. Dah la kena cari duet hantaran untuk kawin, pastu nanti dah kawin, kena tanggung pulak makan minum korang. Bukan makan minum je tau, dosa kita pon depa dok tanggung jugak. "Aku terima nikahnya si Pulanah binti si Pulan dengan mas kahwinnya RM...." Itu adalah tersurat. Apa yang tersirat? Yang tersirat ialah, "Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat,dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku. Akulah orang yang bertanggung jawab dalam memberinya nafkah zahir dan batin, memberinya ilmu dunia akhirat dan juga bertanggung jawab memegang tanganya bersama-sama berlari bertemuMu Tuhan. Aku juga sedar, sekiranya aku gagal dan aku lepas tangan dalam menunaikan tanggung jawab, maka aku fasik, suami yang dayus dan aku tahu bahawa nerakalah tempatku akhirnya dan malaikat akan melibas aku hingga pecah hancur badanku. Akad nikah ini bukan sahaja perjanjian aku dengan si isteri dan si ibu bapa isteri, tetapi ini adalah perjanjian terus kepada Tuhan." Sila baca, dan renungkan ye.Sekadar renungan untuk kaum Adam & juga kaum Hawa 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...