Bismillahirahmanirrahim

Selamat Datang...

[ My Quotation ]

‎; Do not think of the few things you did not get after praying.
Think of the countless beautiful things Allah gave without asking .

Monday, 26 September 2011

Date With Her



huahuahuahua,,,kali ni story pasal Shinjue Wawa ye,,,
aku sayang sangat kat dia,,you all tau tak, baru-baru ni aku keluar ngan dia,,,
kami jalan-jalan pusing Shah Alam and Kuala Selangor,,,
best sebab dapat spent time ngan orang yang tersayang,,,,

Saturday, 10 September 2011

Step to UPSI

Assalamualaikum ..


 


harap you all dalam keadaan baik-baik sayang. Menara Gading?????? hmmmmm boleh bayang tak menara tu ada gading?? hihihhi just joking. haaa cakap tentang menara gading you all tengok la aku sekarang, sometime aku pun macam tak percaya yang aku boleh jejak kan kaki aku kat menara gading sebagai student. Apa-apa pun aku bersyukur sebab dapat sambung study kat menara gading. Insyaallah aku akan berusaha sebaik-baiknya untuk berjaya.


Minggu Orientasi pelajar baru
semua macam dah mengantuk dah kan,,,,
KL


LoveStory Aku



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ni. You all semua sihat tak?? aku harap sihat la yer. Nak cerita tentang 'love' atau bahasa melayu nya ''cinta''. Hello brader aku dah banyak kali terkena ngan perempuan. Sampai aku pun dah malas nak ambik tau pasal perempuan. So, you all layan je la storylove aku nih. Have a nice reading on this blog title ok.

Nak sebut cinta malu so aku sebut love la yer. Aku sama seperti orang lain yang ada perasaan kat perempuan. (gila ke kalau takder perasaan kat perempuan). So, sebut pasal love, aku ni sejak Tahun 1 lagi aku dah timbul perasaan suka kat perempuan. Masa tu kalau bercinta pun orang tua cakap takkan kemana kan. hahaha so aku still ingat lagi nama perempuan tu. Masa tu aku sekolah kat SKP area Pendang jugak la. You all tau tak aku tak pernah luah kat dia apa yang aku rasa. ye lar budak-budak lagi kan masa tu. So, aku pendam je. Last2 aku dapat tau membe aku dah dapat dia. Lepas aku tau aku senyap jer, tak banyak cakap dah.
Ni foto aku waktu umur dalam 6 thun camtuh

Kalau you all nak tau aku ni single cuma dari tahun 1 sampai tahun 3 jer. Tahun 4 dah start couple dah. hahaha lawak la bila teringat kisah silam. Couple???? betul ker couple???? haaa orang cakap standard budak-budak couple la kan time tuh,,,main pas-pas surat camtuh. Bila dapat surat perrggghhhhh rasa best semacam je kan. hahahahaha masa tu couple plak ngan atlet sekolah, aduhaiii rasa bangga gilerr!! Tapi yang bestnya masuk je Tahun 5 aku single balik. hahahaha macam-macam kan. naik plak Tahun 6 aku couple ngan budak sekolah lain. hmmmm macam best je dengar tapi xbest pun. sejak couple ngan budak SKPMI tu bil telefon rumah aku melambung naik gilerr2 tingginya. You all tau tak sampai aku dah di blacklist mak aku. Aku dilarang menghampiri, memegang ataupun merenung telefon rumah aku tu. perrgggghhhhhhh memang teruk. Tapi aku standard budak lelaki la kan kenakalan tu memang tak jauh dari aku. Nak calling2 girlfrend aku curi-curi la (maaf ye mak). hahahah


Foto aku yang pakai baju kedah buatan ayah sendiri

Hubungan aku dengan budak tu pun tak bertahan lama, masuk je form 1 kami break. Aku ada tanya dia kenapa dia nak break ngan aku. You all nak tau tak apa dia jawab??? mestila nak kan. Dia jawab camni "saya dah tak suka awak"!!! ada ke patut jawab macam tu???? hmmmmmm bagi aku tak patut langsung,,tapi takpe aku cool jek. dia yang mintak break, it's ok la kan, apa aku boleh buat dah dia nak macam tu. Aku rasa aku takder buat salah apa-apa pun ngan dia. Lantak dia la kan (ayat macam pasrah je).


terima ijazah pertama


Masa form 2 plak aku single jer. Takder suka kat mana-mana perempuan pun hihihihhiih (hati dah mati). Tak tau la macam mana jadinya nak dekat PMR exam aku minat kat sorang awek ni. tapi umur dia lebih setahun dari aku. Nak dijadikan cerita, suatu hari aku terserempak ngan dia atas bas waktu kami nak join lawatan ke KL dan Melaka. terkejut aku,,So, time lawatan tu la kemesraan terjalin. hahahaha. Balik jer dari lawatan tu. bermula la kisah 'atnic' (terbalikkan perkataan tu) antara kami. saling utus mengutus surat. bermacam-macam yang dia luah kat aku, so aku pun ok je la, tiba-tiba aku dapat tau yang dia just nak main-main je ngan aku,,pergggghhhhhh berderau darah aku ni, mulut aku ni macam dah standby je nak tengking dia. tapi aku buat keputusan nak senyap je. Sebab aku tak nak besarkan hal tu. lepas dari kejadian tu aku dah tak pandang muka dia. hmmmmm hope dia happy dengan hidup yang dia pilih.

Pastu naik form 4 aku tukar sekolah ke SMTP. haa kat situ lagi best. Baru je masuk dah suka kat sorang perempuan tu. aku suka sebab dia tu pendiam je, tak banyak cakap pun. Senyuman dia tu yang buat aku cair tu hahahaha. kat situ aku panggil dia ''kak Long'' ye la tak nak dia perasaan aku suka dia sebab tu aku panggil dia camtuh.  Once upon the time, aku story apa yang aku feel ni kat membe aku yang nama dia patot aku rahsiakan la. Selang je beberapa minggu, time hari sukan berlangsung, aku nampak membe aku ni siap pegang tangan lagi ngan perempuan tu waktu snap foto. perrrrgggghhhhh!!!! siapa yang tak panas. Lepas dari kejadian tu, bila berselisih je kat jalan aku buat bodo je, malas dah nak reply senyum dia tu.

Dalam hati "memang dah takdir aku macam ni". Kalau tak silap aku dalam pertengahan tahun tu jugak laa, aku ada intai sorang budak SP nih. makin lama aku tengok dia, makin happy plak aku dibuatnya. You all pernah terjadi tak camni ' tiba-tiba ja timbul perasaan suka and sayang si dia tanpa kita sedari'?? haaaa camtu la terjadinya kat aku. Sanggup aku curi foto dia and letak dalam komputer kat bilik gerakan MPP (suatu organisasi kepimpinan). aku curi dia punya nombor telefon dalam buku merah( buku keluar masuk asrama).hadoiiihhhh!!! masa tu memang angau giler kat dia. Sampai kantoi ngan dia yang aku ada perasaan kat dia. tapi aku tebalkan muka aku nih.


Ni la budak SP tu! yang mana satu aku tak boleh kasi tau

Tapi tak sempat aku nak declare ngan dia, dia dah kena pindah ke sekolah lain. Sekolah tu dekat jugak la ngan rumah dia. Even dia dah pindah sekolah. aku tetap contact dia. boleh dikatakan every night after my study session out aku terus ke public fon berhampiran. ye la nak kol kawan katakan (dalam hati dia special sangat). Hampir sebulan jugak la contact2 camtuh. Tapi satu hari tu aku kol dia tak jawab. puas aku pacakkan diri aku ni kat public fon tu. Banyak hari jugak la aku kol dia tak dapat. a week after that aku nampak dia datang lawat kat sekolah aku. Ingat nak jumpa aku. But dengan aku pun dia tak pandang dia just nak jumpa kawan baik dia je. So, dalam hati aku ni dah pasrah yang dia bukan untuk aku. Sejak dari tu aku tinggalkan dia tanpa khabar berita. aku terus senyap!!!


Ni kawan2 sekelas aku masa aku kat SMTP
wahhhhhh!!! panjang jugak la story ni erkkk, ni pun dah banyak aku shortcut. you all layan la dulu foto2 membe aku ni ye.


Barisan Pemimpin-Pemimpin SMTP


rakan-rakan organisasi MPP tengah santai



Pasukan bola sepak bawah 16thn SMTP


Team Bola sepak and Team Ragbi SMTP


sambung balik kat sini!!! naik je form 5. Awal tahun tu gak ar masa tuisyen matematik tambahan. membe aku nih selalu ajak aku kacau sorang awek ni. Kacau punya kacau satu hari tu, waktu kelas, aku TER suruh kawan aku sampaikan salam kat awek tu. aku and membe aku gelarkan awek tu amoi la sebab dia tu putih macam tepung gandum je kan. So, memang layak la kami gelar dia camtuh, hahahahaha. keesokan hari nya, waktu dalam kelas membe aku inform aku yang amoi tu balas salam aku. perrrgggghhhhh!!! time tu rasa macam mimpi jek. tapi aku lagak cool la kan. buat macam nothing happen.

Tapi lepas dia reply aku punya salam, selisih je ngan amoi tu kat jalan, jantung aku cam nak meletup jek (bommmmmm). rasa macam something tak kena ngan jantung aku nih. hahahahahha. Sejak dari tu, setiap kali balik kampung and then back to the hostel, mesti dia akan kasi aku something like kek coklat (favourite cake aku), laksa, kuih raya, dan macam-macam lagi. and then one day she told me that she want me to be her boyfriends, tup!!!! sangat terkejut aku dibuatnya,,,,By the end of the year aku deckare la ngan dia. hmmmmm macam tak percaya kan,,,,,but hubungan kami cuma mampu bertahan only plus minus 4 years, then kami break!!!

You all nak tau kenapa aku break ngan perempuan tu???? Kalau you all tak nak tau pun aku nak bagitau jugak. This just for pengajaran untuk you all ok, aku break ngan dia because dia curang gilakkkk ngan aku,,bukan curang biasa-biasa punya,,so you all paham-paham je la kan, perempuan yang macamtu tak kan nak simpan lagi. mula-mula tu memang susah jugak nak lupakan dia, sampai aku dah macam orang gila. tapi dengan kesabaran dan kepasrahan aku,,,lama kelamaan aku dapat terima jugak, itu pun puas aku cari semula kawan-kawan aku yang hilang sebab nak mintak support mereka.

gambar kat bawah tu, one of my friends yang aku tak boleh lupa sampai bila-bila. aku sayang dia sebagai kawan. dia banyak tolong aku pulihkan balik semangat hidup aku. Aku banyak terhutang budi ngan perempuan tu. aku panggil dia ngan nama samaran ''sweet''. Kalau awak baca blog ni, saya nak ucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga sebab sudi jadi kawan saya and maafkan saya sebab tak boleh jadi apa yang awak nak.


sweet frends hope 4ever


You all tau tak siapa yang bersama aku sekarang nih???  aku sekarang dah nak mencecah 22 tahun dah,,orang yang bersama aku sekarang ni adalah junior aku sewaktu aku form 6 kat SMK Syed Ibrahim. aku rasa aku dah jumpa perempuan yang aku cari selama ni, tapi aku tak dapat nak pastikan betul ke tak perempuan yang aku jumpa ni  diciptakan untuk aku. Tapi setiap kali lepas solat aku berdoa supaya aku dijodohkan ngan dia,,,serius aku cakap aku tak nak orang lain,,aku nak perempuan ni jugak!!!

ceritanya macam ni, waktu aku form 6 dulu, aku selalu jugak lar intai sorang aweks ni, One day, kat sekolah time rehat waktu tu, aku still ingat lagi, aku nak ke kantin but on my way aku terserempak ngan perempuan ni, kat koperasi( kedai cikgu Awang) hihihihhhih. aku renung dia then aku perasan macam dia senyum kat aku, so aku senyum la balik. kawan-kawan aku ni tak perasan yang perempuan tu senyum kat aku pun,

Sejak dari tu, aku selalu ushaaaa dia jauh-jauh, you all nak tengok tak rupa dia tu macam mana?? kalau tak nak tengok pun tak pe tapi aku masukkan foto dia kat blog ni ok,,,tu haa kat bawah tu,,


Nurul Najwa Bt Hassan Jamal


nama panggilan yang aku panggil dia wawa tapi kadang-kadang macam-macam aku panggil dia huauhhuahua!!! .31 januari 2011 bersamaan hari isnin adalah tarikh aku declare ngan dia bertempat kat city plaza, AS (Amerika Syarikat). Kadang-kadang aku rasa macam mimpi plak sebab dapat kenal dan berpeluang jadi orang penting dalam hidup dia( penting ke aku dalam hidup wawa??). Aku sayangs dia sangat-sangat. Sentiasa berdoa pada Tuhan agar hubungan aku ngan wawa berkekalan sampai hujung nyawa. aku harap dia la yang terakhir yang akan jadi teman hidup aku kelak.

Sedim Waterfall

     Hai semua assalamualaikum dan salam satu negara. You all semua pernah tak berkelah kat Sg Sedim yang terletak kat daerah Kulim Kedah tu?? Mungkin ada yang pernah dan ada yang tak pernah. So, kat sini aku nak cakap la sikit tentang tempat tuh.

tempat yang paling best kat Sg Sedim
Berkelah adalah satu aktiviti keluarga yang tak asing lagi dalam hidup kita. Tapi tak semestinya dengan family  je kita boleh berkelah bersama, dengan kawan-kawan pun boleh kan. Yang berkelah dengan ehem2 (awek,mak we) tu aku tak nak la cakap apa-apa. Ikot you all la kan you all dah besar. Kat tempat yang hutan macam nih orang cakap tak manis la kalau bawak awek, betul tak?? hmmmm whatever!!!!

     Sg Sedim atau Sedim River Recreaction nih terletak 30km dari Kulim and 5 hour drive takes you from Kuala Lumpur, then proceed 30 km to Karangan/Sedim (Please look up for Hutan Lipur Sungai Sedim signboard). So, you all akan sampai kat tempat yang indah tuh.
Sorry bang takder toilet la untuk hang nak salin

cehhh!! sampai kat situ jek semua taknak mandi masing2 malu
     Aku ke tempat tu ngan kereta sewa. best oooo kawtim ngan membe-membe, ye lar nak berkelah punya pasal sanggup keluarkan duit untuk sewa kereta. Best gilakkk!!! Tapi kan aku pun tak tau napa la membe-membe aku nih sampai je kat destinasi tuu, semua buat bodoh jer. Dah sungai tu ada depan mata tunggu apa lagi terjun la gaya bebas betul tak?? hahaha aku tau napa mereka buat bodoh. They just want to say "i'm hungry laaa" hahahah. So, kami melantak (makan) dulu sebelum mandi.
Peace nok war hahahaha
orang last yang sentuh air yang tuala orange tu
      haa yang pakai tuala orange tu fobia air, so dia la yang paling last buat terjunan gaya Thai. hahahaha macam-macam karenah kalau you all semua nak tau, sampai tertelan air sungai tu, ye la dah gelak dalam air mau tak ditelannya.
semua buat gaya macho hahahaa
Superman yihaaaaa

ni dah ciap2 nak pulang rumah dah puas mandi

Kesiannya driver keletihan
     Amacam?? best tak?? aku bawak you all jalan-jalan kat Hutan Lipur Sg Sedim td. Gunakan teknik imaginasi anda ok. Sebelum kami pulang aku ajak membe-membe aku nih singah rumah mak saudara aku. sampai- sampai je kat situ membe aku yang dua orang nih terus lelap kan mata. Nampak sangat kesungguhan mereka mandi kat tempat tuh. haha apa-apa pun jumpa lagi di masa akan datang. Assalamualaikum,,,,

Trip to Melaka


بسم الله الرحمن الرحيم
    Assalamualaikum dan salam sejahtera.
    
     Kali ni aku nak bawa you all melancong ke negeri yang bersejarah iaitu Negeri Melaka. Kalau tak silap aku, time aku ke Melaka tu dua minggu sebelum hari raya. Aduh!! penat sangat tambah-tambah bulan puasa pulak tu. Kalau pasal dahaga jangan cakap la kan, memang very dahaga la. Banyak jugak la tempat yang aku lawati. By the way, thanks to lelaki yang aku anggap dah macam abang aku sendiri. You all nak tengok gambar dia tak??? Mesti la nak kan. Tu haaa gambar yang kat bawah tu, yang duduk sebelah aku tu. Comel tak?? hahahah confirm comel. 
Kota Melaka
     Kalau you all nak tahu lelaki kat sebelah aku tu bernama Aswanzie Abbyd. I love him so much sebab dia selalu ada waktu aku dalam kesusahan. Dia ni sangat sensitif (kuat merajuk) tapi cepat sejuk kalau pandai pujuk hahahaha!!
    
    Jutaan (bukan ribuan) terima kasih aku ucapkan kepada Abang Abbyd sebab dah banyak bantu mengurangkan masalah aku tak kira kat mana aku berada. I feel so lucky sebab dapat kenal orang macam dia. Dia tu dah ibarat orang yang bertanggungjawab memotivasikan diri aku. Setiap kali aku jatuh kecundang, dia la insan yang bantu aku bangun semula dan meneruskan perjuangan. Terima kasih sekali lagi. Hanya Tuhan saja yang dapat membalas jasa baik Abang Abbyd. Jasamu dikenang.

    Ketika aku kat Melaka, Abang Abbyd bawak aku berbuka puasa kat Taman Botanikal Garden. Best gilerr!!! kat situ makan jenis layan diri. So, apa lagi kami ambik makanan tu sampai penuh meja hahahaha!! kalau tak percaya tengok arr foto kat bawah tu hehehehehe.




   Aku makan sampai tak boleh nak berjalan tau tak. Klau Ah Chai tengok mesti dia cakap macam ni '' waahh lu makan sampai pelot besar oooo" hahahaha!! 
   Aku kat sana lebih kurang seminggu jugak arr. Banyak pengalaman yang aku dapat. So, lepas ni aku ingat nak ke tempat yang lebih jauh macam London ke New York ke kan. Mesti best. arrrhhhhhh mengarut je aku nih. So, tu je story yang aku nak story kat you all, tapi sebenarnya banyak lagi, cuma tak cukup time je nak story A to Z hahahahha!! oklah jumpa lagi dalam next entri ye. Assalamualaikum,,,

Thursday, 8 September 2011

Kenali Aku



Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,

   Firstly, aku nak ucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kerana sudi melawat atau berkunjung ke blog aku (alipshaz90.blogspot.com) yang tak seberapa ni. Nama diberi Aliff Shazwan Bin Ibrahim. Kawan-kawan selalu panggil aku alif,alip or shazwan. So, up to you all  la nak panggil aku apa ok. Yang penting 'nawaitu' you all tu betul (hahahah).
   
   Aku seorang pelajar dari sebuah IPTA di Negeri Perak. Aku berasal dari Pendang, Kedah tapi sekarang ni menetap di Tanjung Malim. Dilahirkan pada tahun 1990 di Hospital Alor Star pada bulan Februari dan hari yang ke 28.
   
   Baiklah, objektif aku create blog ni sebab aku nak kongsi dengan you all tentang apa yang aku rasa dan apa yang aku lalui dalam hidup aku ni. So, aku harap yang mana boleh dijadikan pengajaran tu you all ambik je k.
   Lastly, salam perkenalan dari aku (admin) untuk semua followers.


yang benar,
    Alip  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...